Bagi memudahkan proses pendaftaran keahlian Tabung Waqaf Khairat Kematian (TWKK) Masjid Bandar Seri Putra, kini pendaftaran boleh dibuat secara online. Sila ke link berikut untuk mendaftar secara online:
https://forms.gle/Ph3hcDP3z7NCzjvq8
Pastikan bayaran sebanyak RM50 (diniatkan waqaf khairat kematian) dibuat terlebih dahulu ke akaun bank Masjid Bandar Seri Putra seperti maklumat berikut:
No a/c Maybank: 5628 3463 4518
Nama: Masjid Bandar Seri Putra
Perihal Bayaran: TWKK [No. KP]
Sebagai peringatan, bayaran RM50 adalah bayaran seumur hidup untuk satu rumah dan tidak perlu dibayar secara tahunan. Faedah yang diterima adalah untuk ahli dan keluarga yang tinggal di Bandar Seri Putra dan Impian Putra sahaja.
Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi/ whatsapp En Hisyam 0123775979.