Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

  • Kami akan berusaha menguruskan masjid mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan melaksanakan segala arahan dari Jabatan Agama Islam Selangor
  • Kami akan memastikan solat berjamaah ditunaikan 5 waktu, solat jumaat dan solat hari raya.
  • Kami sedia memberi layanan mesra kepada semua pelawat yang datang.
  • Kami akan mengimarahkan masjid dengan mengadakan program-program peningkatan ilmu di peringkat kanak – kanak, remaja, dewasa dan warga emas serta OKU.
  • Kami akan memastikan masjid sebagai tempat ibadah yang selesa terutama dari segi kebersihan dan keselamatan
  • Kami sedia menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid dan surau-surau yang berada di sekitar taman perumahan.
  • Kami berusaha mengendalikan aktiviti sempena hari kebesaran Islam serta menguruskan urusan kematian jemaah khususnya ahli Tabung Waqaf Khairat Kematian.
  • Kami berusaha memberikan layanan terbaik kepada semua permohonan untuk menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Kami bersedia menjalin usahasama dengan pelbagai pihak seperti jabatan kerajaan, swasta, masyarakat setempat dan NGO untuk melaksanakan program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.