TWKK

TABUNG WAQAF KHAIRAT KEMATIAN (TWKK)

  • Tahukah anda hanya 5% warga kariah MBSP yang menyertai Tabung Khairat Kematian MBSP pada tahun 2017?
  • Oleh itu, mulai tahun 2018, tabung ini akan dibubarkan dan warga kariah MBSP tidak perlu lagi membayar yuran keahlian khairat tahunan.
  • Mulai  tahun 2018,          skim tabung khairat berkonsepkan ahli membantu ahli akan ditukarkan kepada konsep WAQAF dan TAKAFUL.
  • Ahli tabung khairat yang aktif pada tahun 2017 akan didaftarkan secara automatik dan tidak perlu membuat pembayaran pada tahun 2018.
  • Manakala warga kariah yang belum menjadi ahli, perlu mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan di MBSP serta surau-surau sekitar dan hanya membayar Yuran Tabarru’/Waqaf seumur hidup sebanyak RM50 sahaja bagi satu rumah.

BAGAIMANA TABUNG WAQAF BERFUNGSI?

  • Baki di dalam akaun Tabung Khairat Kematian (yang lama) dan bayaran Yuran Tabarru’ ahli baru akan di akaunkan ke akaun TWKK
  • Perbelanjaan jenazah bagi ahli kariah MBSP (BSP dan Impian Putra) akan ditanggung oleh tabung ini sepenuhnya (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Dana TWKK akan berkembang melalui sumbangan masyarakat secara waqaf tunai mengikut keikhlasan masing-masing ke tabung khas yang akan diwujudkan di MBSP
  • Akaun TWKK akan dikendalikan oleh AJK MBSP dan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan MBSP