Sejarah Penubuhan

MASJID BANDAR SERI PUTRA dibina di tapak berkeluasan 3.6 ekar yang terletak di tengah-tengah kawasan strategik di antara kawasan kediaman dan komesial. Berhampiran dengan sekolah agama, sekolah menengah, KUIS dan mudah diekses masuk melalui Lebuhraya Utara Selatan. Merupakan sebuah masjid yang dibina berkonsepkan moden, mesra jemaah termasuk OKU dan lestari.

Mula dibina pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2014. Masjid ini pada asalnya diberi nama Masjid Al-Mustaqim tetapi telah diperkenan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan nama Masjid Bandar Seri Putra semasa perasmian masjid pada 15 Jun 2016.

Masjid ini telah dibina dengan kos berjumlah RM9.4 Juta yang sebahagian besarnya adalah atas keluhuran infaq orang ramai. Masjid ini boleh menampung seramai anggaran 4,000 oang jemaah dalam satu satu masa. Dewan solat utama boleh menampung anggaran seramai 900 orang dan dewan solat atas pula boleh menampung sejumlah 800 orang, kedua-dua dewan solat ini adalah berhawa dingin sepenuhnya.

Masjid ini juga dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan utama seperti bilik kuliah, dewan suffah, pejabat, ruang bacaan, bilik mesyuarat, bilik pengurusan jenazah, bilik tetamu dan sebagainya.

Selain dari itu keseluruhan kompleks masjid ini juga mempunyai bangunan yang mempunyai enam (6) buah rumah untuk rumah kediaman bagi pegawai-pegawai masjid termasuk imam, bilal dan siak serta tiga (3) buah rumah yang dikhususkan untuk perancangan masa depan seperti mengadakan rumah inap dan rumah tetamu.

Masjid ini menyediakan suasana tenang dan damai secara fizikal dan pengisian kerohaniah bagi membolehkan para jemaah melaksanakan ibadah dengan sebaik mungkin.