TABUNG WAQAF KHAIRAT KEMATIAN (TWKK)
- Tahukah anda hanya 5% warga kariah MBSP yang menyertai Tabung Khairat Kematian MBSP pada tahun 2017?
- Oleh itu, mulai tahun 2018, tabung ini akan dibubarkan dan warga kariah MBSP tidak perlu lagi membayar yuran keahlian khairat tahunan.
- Mulai tahun 2018, skim tabung khairat berkonsepkan ahli membantu ahli akan ditukarkan kepada konsep WAQAF dan TAKAFUL.
- Ahli tabung khairat yang aktif pada tahun 2017 akan didaftarkan secara automatik dan tidak perlu membuat pembayaran pada tahun 2018.
- Manakala warga kariah yang belum menjadi ahli, perlu mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan di MBSP serta surau-surau sekitar dan hanya membayar Yuran Tabarru’/Waqaf seumur hidup sebanyak RM50 sahaja bagi satu rumah.
BAGAIMANA TABUNG WAQAF BERFUNGSI?
- Baki di dalam akaun Tabung Khairat Kematian (yang lama) dan bayaran Yuran Tabarru’ ahli baru akan di akaunkan ke akaun TWKK
- Perbelanjaan jenazah bagi ahli kariah MBSP (BSP dan Impian Putra) akan ditanggung oleh tabung ini sepenuhnya (tertakluk kepada terma dan syarat)
- Dana TWKK akan berkembang melalui sumbangan masyarakat secara waqaf tunai mengikut keikhlasan masing-masing ke tabung khas yang akan diwujudkan di MBSP
- Akaun TWKK akan dikendalikan oleh AJK MBSP dan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan MBSP