VISI :
Memartabatkan masjid ke persada kecemerlangan melalui kepelbagaian aktiviti yang merangkumi
duniawi dan ukhrawi berlandaskan penghayatan al-Quran dan Sunnah.
MISI :
Memperkasakan pentadbiran dan pengimarahan masjid dengan penyampaian ilmu dan
penghayatan melalui amalan yang lebih dinamik.
Membentuk jatidiri jemaah dan pentadbir agar lebih murni dan bersusila.
Melestarikan persekitaran dan fizikal dalam dan luaran masjid agar lebih berketerampilan dan
sejajar dengan tanggungjawab keselamatan
MOTTO :
GERBANG ILMU & AMAL
OBJEKTIF :
1. Mempertingkatkan sistem pengurusan agar sentiasa dalam keadaan terkini dan tersusun.
2. Menyusun atur setiap aktiviti secara berjadual dan berwawasan.
3. Mempertingkatkan upaya keberkesanan peranan pegawai dan ajk masjid pada tingkat yang
maksima.
4. Melahirkan tenaga penggerak yang sentiasa bersedia berkhidmat dengan penuh keikhlasan
dan berintegriti.
5. Menjalin semangat ukhwah yang asli dan saling melengkapi di kalangan pegawai dan ajk
masjid.
6. Memahami dan menyantuni pandangan dan keperluan para tetamu Allah (jemaah) dengan
sempurna.
7. Mewujudkan suasana fizikal dan roh masjid yang menawan dan merangsang kecintaan para
tetamu untuk terus menyayangi dan merindui masjid ini.